Konsep Pentaksiran, Pengujian, dan Penilaian
Konsep Pentaksiran
Menurut Moktar Ismail, konsep pentaksiran ialah langkah untuk menentukan sejauh mana seseorang mempunyai sifat tertentu.
- Tahap, status, dan nilai.
- Proses menilai secara kuantitatif.
- Merangkumi skala ordianal dan skala slang.
Kesimpulan : pentaksiran bertujuan untuk menentukan kedudukan dan pencapaian murid.
Konsep Pengujian
Cara yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku seseorang (murid) dengan menggunakan bahan yang mempunyai kebolehpercayaan.
Tujuan :
- mengesan penguasaan kemajuan dan pencapaian murid dalam pelajaran.
- Alat mengukur pencapaian (kognitif - struktur bahasa lisan, psikomotor - perubahan tingkah laku, efektif - pencapaian nilai-nilai)
- Penilaian pencapaian berlaku secara eksplisit (memahami, lisan, menulis)
- Berlaku pada tiga peringkat :
Persediaan
Pelaksanaan
Penyemakan
Konsep Penilaian
Penilaian ialah merupakan proses pengumpulan maklumat atau proses menganalisis yang berlaku selepas pengujian dan penilaian untuk membuat keputusan atau melakukan tindakan yang seterusnya.
- Prosedur ujian
- Persediaan ujian
- Pentaksiran ujian
- Pemeriksaan dan pengukuran
- Dapatan atau tindakan
Perbezaan Pengujian, Pentaksiran, dan Penilaian
Perbezaan dari aspek :Pengertian : - Pengujian :Proses menentukan perubahan tingkah laku.
- Pentaksiran :Proses menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan antara murid.
- Penilaian :Proses membuat analisis dengan mentafsir hasil pengukuran.
Tujuan : - Pengujian :Menentukan pencapaian murid dalam satu mata pelajaran.
- Pentaksiran :Membuat perbandingan pencapaian dan kedudukan antara murid dalam penguasaan pelajaran.
- Penilaian :Memberi maklumat mengenai pencapaian murid, objektif pelajaran, kaedah mengajar, dan kurikulum.
Kegunaan : - Pengujian :Menempatkan murid dalam kumpulan yang sesuai.
- Pentaksiran :Mengelaskan, pensijilan, dan menempatkan murid dalam jurusan yang sesuai untuk penyelidikan.
- Penilaian :Membaiki rancangan mengajar, kurikulum, pengesanan punca kelemahan, dan membuat ramalan.
Bentuk : - Pengujian :Pemerhatian, ujian, lisan, dan menulis.
- Pentaksiran :Ujian bertulis dengan markah dan gred.
- Penilaian :Jadual atau gred berdasarkan teknik perangkaan.
Masa : - Pengujian :Selepas sesuatu atau beberapa pelajaran.
- Pentaksiran:Selepas beberapa pelajaran.
- Penilaian :Sebelum, semasa, selepas satu atau beberapa pelajaran.
Proses pelaksanaan : - Pengujian: 1. Persediaan ujian2. Pentadbiran3. Pemeriksaan.
- Pentaksiran: 1. Proses pengujian2. Merekod markah atau gred
- Penilaian: 1. Proses pengukuran2. Proses penganalisisan3. Proses interprestasi4. Melapor5. Tindakan
0 comments:
Post a Comment