BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 23, 2010

MINGGU 3-JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan. Beberapa pertimbangan perlu dibuat, seperti ujian yang hendak ditadbirkan sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran dan sikap yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat untuk memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang relevan dengan sukatan pelajaran/objektif pengajaran.Pengubalan kertas ujian perlu mengikuti pelbagai proses, termasuk penyediaan JSU, membuat ujian rintis dan memurnikan item ujian. Akhir sekali, sebelum ujian tersebut ditadbirkan, item-item ujian hendaklah dinilai oleh pakar mata pelajaran tertentu. Keseluruhan proses ini boleh membantu untuk memastikan kualiti item ujian dari segi kebolehpercayaan, kesahan, dan seterusnya, pengukuran yang adil (Hale, 1980).
Menurut Kubiszyn dan Borich (2003), JSU (Test Specification Table) adalah carta dua hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta ini menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur. Dengan demikian, JSU boleh menjadi panduan kepada guru tentang sukatan pelajaran yang perlu diajar dan objektif pengajaran yang perlu dicapai pelajar. Dari segi pembinaan item ujian pula, JSU akan menjadi panduan kepada guru supaya item-item yang dibina merangkumi semua kandunganpengajaran daripada awal hingga akhir. Dengan demikian, JSU seharusnya dibina seawall mungkin, misalnya sebelum kita memulakan pengajaran.
Langkah Pembinaan JSU
Dalam pembinaan JSU, anda perlu membuat empat langkah, iaitu:
(1) mengkaji sukatanpelajaran,
(2) menganalisis objektif pengajaran,
(3) menentukan jenis soalan, dan
(4)menentukan bilangan soalan.
1. Mengkaji Sukatan Pelajaran
Anda perlu mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk kandungannya.
Antara aspek-aspek yang dikaji ialah:
• skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk;
• pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk;
• kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain;
• kompleksiti sesuatu tajuk; dan
• masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu tajuk.
2. Menganalisis Objektif Pengajaran
Di samping mengkaji sukatan pelajaran, objektif pengajaran dianalisis untuk menentukan pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji dan pada tahap kesukaran mana ia perlu diuji. Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya, seperti yang dijelaskan dalam tajuk sebelum ini. Maklumat-maklumat di atas adalah amat penting kepada penggubal kertas ujian dan pembina soalan ujian untuk menentukan jenis dan bilangan soalan yang perlu dibina. Berdasarkan penganalisisan inilah JSU dibina.
Lazimnya JSU mengandungi dua paksi utama, iaitu:
i. Paksi Kandungan Paksi Objektif Pengajaran:
Kandungan Pengetahuan
• Tajuk
• Tajuk kecil Objektif Kognitif Kandungan Kemahiran
• Tajuk
• Tajuk kecil Objektif Psikomotor Kandungan Afek/Perasaan
• Tajuk
• Tajuk kecil Objektif Afektif
Kedua-dua paksi ini akan mewujudkan sel-sel yang perlu diisi dengan pemberatan soalan,yang dipertimbangkan dari segi kepentingan kandungan/tajuk/tajuk kecil, yang biasanyaditunjuk dengan menggunakan bilangan soalan.
3. Menentukan Jenis Soalan
Bagi menentukan jenis soalan yang sesuai, kita perlu terlebih dahulu menentukan domain objektif pengajaran (kognitif, psikomotor, afektif atau sosial) dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur. Misalnya, jika kita ingin mengukur domain kognitif bagi mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tajuk “Struktur ayat” pada peringkat “Aplikasi”, maka jenis soalan yang sesuai ialah soalan jenis “Objektif” yang berbentuk “melengkapkan ayat” atau soalan jenis “Subjektif” yang berbentuk “menggubal ayat-ayat”. Jenis-jenis soalan/item dan cara membinanya akan dijelaskan dengan lebih lanjut kemudian.
4. Menentukan Bilangan Soalan
Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran, domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah soalan adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian. Secara ringkasnya, kebolehpercayaan ujian bermaksud keupayaan sesuatu ujian memberi markah yang sama, sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut. Kesahan ujian pula bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang ujian itu ingin mengukur.Perkara-perkara ini akan dijelaskan dengan lebih lanjut kemudian.
Kepentingan JSU
JPU yang dibina dengan baik akan membantu penggubal kertas ujian dan Pembina item/soalan ujian. Antara kepentingannya ialah:
• kertas ujian dapat digubal secara sistematik;
• kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin;
• taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang;
• ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran; dan
• aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke tahun, walaupun item dibina olehpembina lain.
LANGKAH AM PENYEDIAAN ITEM UJIAN
Terdapat lima (5) langkah am pembinaan item ujian, iaitu
(1) meyediakan JPU,
(2)menulis item ujian,
(3) menyemak item ujian,
(4) menilai item ujian, dan
(5) membuatkajian rintis terhadap keseluruhan item.
1. Menyediakan JPU
Langkah awal dalam pembinaan item ujian ialah menyediakan JSU seperti yang dijelaskan sebelum ini, iaitu mengkaji sukatan pelajaran, menganalisis objektif pengajaran, menentukan jenis soalan dan menentukan bilangan soalan.
Tujuan utama penyediaan JSU ialah supaya item-item ujian yang dibina itu mewakili keseluruhan kandungan pelajaran mengikut domain dan peringkat objektif pengajaran yang ditentukan sebelum pengajaran dimulakan. Perancangan awal ini dapat menjamin soalan-soalan ujian yang terhasil akan dapat mengukur pengetahuan, kemahiran atau sikap yang kita ingin pelajarpelajar kita kuasai.
Objektif pengajaran juga menjadi panduan kepada kita tentang bentuk soalan yang akan digunakan. Sebagai contoh, soalan berbentuk penyelesian masalah perlu dibina sekiranya kita ingin mengukur keupayaan pelajar kita menyelesaikan masalah matematik. Sekiranya kita ingin pelajar memahami kesan sejarah ke atas perpaduan kaum, misalnya, mungkin soalan subjektif berjawapan panjang adalah lebih sesuai daripada soalan objektif. Seterusnya, jika pelajar dikehendaki mengingat tarikh penting dalam sejarah, mungkin soalan beraneka pilihan/mengisi tempat kosong adalah lebih sesuai.
2. Menulis Item Ujian
Sebaik sahaja anda siap menyediakan JSU (yang sebaiknya mengandungi jenis dan bilangan item ujian bagi setiap tajuk dan objektif pengajaran), anda telah bersedia untuk membina/menulis item-item ujian. Walaupun terdapat bentuk item ujian, seperti item beraneka pilihan (multiple-choice item), item mengisi tempat kosong (fill-in-the-blank item), item berjawapan pendek (short-answer item), item betul-salah (true-false item), item padanan (matching item) atau item esei (essay item), terdapat beberapa prinsip pembinaan item yang sama, yang boleh digunakan untuk menulis item-item ini.
Prinsip-prinsip tersebut dijelaskan dalam bahagian berikut.
• Arahan menjawab bagi setiap item hendaklah ringkas dan mudah difahami pelajar, misalnya,“Sila isikan ruang kosong dalam soalan berikut dengan satu perkataan sahaja”.
• Menggunakan bahasa yang mudah dan jelas supaya pelajar dapat memahami maklumatdalam soalan dan juga kehendak soalan tersebut, yang seterusnya akan membantu pelajarmemberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh soalan.
• Membina item yang memerlukan jawapan berkaitan pengetahuan/kemahiran yang spesifikdaripada tajuk pengajaran tertentu, dan bukannya berbentuk pengetahuan/ kepintaran am.
• Biasanya, kita meminta pelajar memberi jawapan yang “benar”, tetapi ada kalanyakita meminta mereka memberi jawapan yang “tidak benar”. Dalam keadaan ini, arahanmenjawab hendaklah jelas, seperti menggunakan huruf besar.
• Bagi item berkaitan pengiraan atau lukisan, nyatakan unit dan ketepatan ukuran yangdikehendaki. Contohnya, unit ukuran dalam meter dan tepat kepada dua titik perpuluhan.
3. Menyemak Item Ujian
Selepas semua item ujian siap ditulis, kita perlu menyemak semula item-item tersebut. Semakan ini perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara berikut:
• Arahan menjawab bagi setiap bahagian ujian dan setiap soalan adalah tepat dan mudahdifahami pelajar.
• Soalan ditulis dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami pelajar dan mengandungimaklumat dan kehendak soalan yang jelas dan mencukupi.
• Soalan yang dibina mencukupi dan seimbang dari segi kandungan dan objektif pengajaran.
• Soalan yang diberi, terutama soalan jenis objek, tidak mengandungi petanda (clue) kepadajawapan yang dikehendaki.
4.Menilai Item Ujian
Selepas semua item ujian disemak oleh pembina/penulisnya, item-item ini perlu disemak dan dinilai oleh pakar mata pelajaran. Semakan dan penilaian ini perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara yang hampir sama dengan apa yang disebut di atas, iaitu:
• Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan adalah mudah difahami pelajar.
• Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan soalan mengandungi maklumat yang cukupuntuk pelajar menjawabnya.
• Soalan-soalan yang dibina adalah mencukupi dan semimbang untuk mengukur kandungandan objektif pengajaran yang ditetapkan.
• Jawapan yang diberikan oleh penulis adalah mengikut kehendak soalan dan boleh dijawabdalam masa yang diperuntukkan.
5. Membuat Kajian Rintis Terhadap Keseluruhan Item
Selepas semua item ujian disemak dan dinilai oleh pakar mata pelajaran, sebaiknya, kajian rintis dibuat terhadap keseluruhan item/kertas ujian. Kajian rintis di sini bermaksud kajian awal tentang kesesuain item-item kepada pelajar yang setara dari segi keupayaan dengan pelajar sasaran. Biasanya, kajian rintis tidak dibuat untuk menjaga kerahsiaan ujian. Bagaimanapun, kajian rintis perlu dibuat untuk soalan-soalan yang ingin disimpan dalam bank soalan.
Kajian rintis begini perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara berikut:
• Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan dapat difahami pelajar dan tidakada kesilapan ejaan/istilah yang digunakan.
• Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan soalan mengandungi maklumat yang cukupuntuk pelajar menjawabnya.
• Soalan-soalan yang diberikan adalah sepadan dengan kandungan pelajaran yang diajar gurudan tidak ada soalan yang “terkeluar” daripada kandungan tersebut.
• Pelajar dapat menjawab soalan-soalan dalam masa yang diperuntukkan mengikut kehendaksoalan

Monday, July 19, 2010

TAKSONOMI DAN DOMAIN TAKSONOMI BLOOM

TAKSONOMI DAN DOMAIN TAKSONOMI BLOOM (TAHAP-TAHAP KOGNITIF BLOOM )
Kebanyakan ujian di dalam bilik darjah bertujuan mengetahui tahap kognitif pelajar. Menurut Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu:

  • Pengetahuan,
  • Kefahaman,
  • Aplikasi, Analisis,
  • Sintesis dan Penilaian.

Jadual Taksonomi Kognitif Bloom (1956)

Aras PengetahuanAras ini menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat kembali fakta atau pengetahuan telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat dalam aras pengetahuan ini :

1. Pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan atau symbol.

2. Pegetahuan tentang cara mengendalikan sesuatu yang meliputi pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah. 3. Pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang. Contonya; siapa,apa, di mana, bila, beri definisi, senaraikan, dan nyatakan.Ciri-ciri soalan aras pengetahuan:

• Pelajar perlu menggunakan proses mental.

• Pengetahuan yang diminta hendaklah sama dengan pebgajaran guru.

• Soalan tidak memerlukan pelajar mengubah pengetahuan dalam bentuk baru.

• Jawapan dapat ditentukan dengan mudah sama ada salah atau betul.

Aras KefahamanAras ini memerlukan keupayaan pelajar member huraian atau makna sesuatu perkara. Aras kefahaman ini terbahagi kepada tiga:

Penterjemahan

• Menterjemah bahasa lain ke bahasa lain tanpa mengubah makna asal.

Mentafsir (Interpretasi)

• Mentafsir idea/ mesej tersirat dan tersurat.

• Menerangkan idea dalam ayat sendiri.

Ekstrapolasi

• Membuat inferens tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang diberikan/ terima.Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras kefahaman ini anataranya jelaskan, huraikan, terangkan, mengapakah, bezakan, nyatakan, dan kelaskan

.Ciri-ciri soalan aras kefahaman

• Proses mental

• Maklumat asas telah diajar

• Perlu bahan atau alat komunikasi

• Pelajar menyatakan kefahaman mereka sendiri.

Aras AplikasiAras

ini menguji keupayaan pelajar menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum, dan prosedur. Aras ini memerlukan pelajar benar-benar memahami segala konsep, teori, hukum, untuk menyelesaikan masalah. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras aplikasi antaranya kirakan, selesaikan, susunkan, dan gunakan.

Ciri-ciri soalan aras aplikasi

• Menggunakan proses mental aplikasi

• Soalan melibatkan tiga frasa iaitu

• Masalah situasi yang baru tidak dengan masalah yang dibincangkan dalam bilik darjah.

Aras AnalisisAras ini mengkehendaki pelajar untuk memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur. Aras ini menekankan keupayaan pelajar mengenal pasti unsur-unsur dan struktur yang mengaitkan unsur-unsur.

Jenis-jenis aras analisis

1. Analisis unsur – memerlukan pelajar menetukan unsur-unsur. Pelajar juga perlu mencari bukti untuk menyokong unsur yang sedia ada.

2. Analisis hubungan – membuat perkaitan bukti dengan hipotesis.

3. Analisis prinsip – pelajar mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu dengan mengenalisis tujuan, pandangan dan pendirian.Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah kenapakah, mengapa, apakah faktor, buatkan rumusan dan buktikan.

Ciri-ciri soalan aras analisis

• Soalan menggunakan proses mental analisis

• Situasi masalah berbeza daripada pengalaman dalam bilik darjah.

• Situasi, dokumen perlu dianalisis

• Soalan memerlukan fikiran kritik, bukan mengulang pengetahan yang dipelajari.Aras SintesisAras ini memerlukan keupayaan pelajar untuk menggabungkan sesuatu struktur kepada yang lebih jelas.

Jenis-jenis soalan aras sintesis.

1. Sintesis penyampaian – menghurai dan menarik minat.

2. Sintesis himpunan – satu himpunan perlakuan.

3. Sintesis cadangan – cadangan melalui andaian, analisis dan hubungan yang abstrak.Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah ramalkan, hasilkan, tuliskan, cadangan, dan apa akan berlaku.

Aras PenilaianAras ini menguji keupayaan pelajar menilai sesuatu perkara berasakan kriteria yang perlu diketahui. Pelajar perlu membuat pertimbangan tentang nilao sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea atau sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah pertimbangkan, rumuskan, nilaikan, kritikkan, buktikan, dan huraikan.

DOMAIN KRATHWOHL

Jadual Domain Krathwohl Penerimaan

Penerimaan merupakan satu bentuk kesediaan atau penerima sesuatu yang ingin disampaikan. Individu tidak akan menolak rangsangan. Tindakan adalah terhad.

GerakbalasSeseorang akan bertindakbalas kepada rangsangan yang diterima disebabkan dia mempunyai motif tersendiri untuk berbuat demikian.

Motif ini adalah motif ingin tahu. Tindakbalas ini akan melahirkan rasa kepuasan dalam diri individu berkenaan. Gerakbalas pada mulanya atas arahan terpaksa dan akhirnya akan menjadi kepuasan.

PenilaianSesorang itu memahami nilai sesuatu perbuatan yang dilakukannya kepada masyarakat. Nilai atau motif ini boleh dianggap motif luaran atau menjadi landasan kepada setiap individu.

Jenis penilaian

1. Penerimaansemua nilai yang menjadi landasan kepada penerimaan.

2. Pemilihan nilai tertentu dari nilai-nilai yang didedahkan kepada landasan pendiriannya.

3. Komitmen memegang teguh kepada sesuatu kepercayaan (satu set nilai) yang menjadi landasan pendirian dan menerima cabaran.

Organisasi

Seseorang itu boleh menyusun semula sesuatu nilai kepada suatu set susunan yang sistematik. Pengkonsepsualisasikan nilai-nilai dan membentuk pertalian diantaranya dan menyusun nilai-nilai konsep itu.

PerwatakanSeseorang itu mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup.

Friday, July 2, 2010

KONSEP PENTAFSIRAN, PENGUJIAN & PENILAIAN

Konsep Pentaksiran, Pengujian, dan Penilaian
Konsep Pentaksiran
Menurut Moktar Ismail, konsep pentaksiran ialah langkah untuk menentukan sejauh mana seseorang mempunyai sifat tertentu.

  • Tahap, status, dan nilai.
  • Proses menilai secara kuantitatif.
  • Merangkumi skala ordianal dan skala slang.

Kesimpulan : pentaksiran bertujuan untuk menentukan kedudukan dan pencapaian murid.


Konsep Pengujian
Cara yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku seseorang (murid) dengan menggunakan bahan yang mempunyai kebolehpercayaan.
Tujuan :

  • mengesan penguasaan kemajuan dan pencapaian murid dalam pelajaran.
  • Alat mengukur pencapaian (kognitif - struktur bahasa lisan, psikomotor - perubahan tingkah laku, efektif - pencapaian nilai-nilai)
  • Penilaian pencapaian berlaku secara eksplisit (memahami, lisan, menulis)
  • Berlaku pada tiga peringkat :
    Persediaan
    Pelaksanaan
    Penyemakan


Konsep Penilaian
Penilaian ialah merupakan proses pengumpulan maklumat atau proses menganalisis yang berlaku selepas pengujian dan penilaian untuk membuat keputusan atau melakukan tindakan yang seterusnya.

  • Prosedur ujian
  • Persediaan ujian
  • Pentaksiran ujian
  • Pemeriksaan dan pengukuran
  • Dapatan atau tindakan




    Perbezaan Pengujian, Pentaksiran, dan Penilaian
    Perbezaan dari aspek :Pengertian :
  • Pengujian :Proses menentukan perubahan tingkah laku.
  • Pentaksiran :Proses menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan antara murid.
  • Penilaian :Proses membuat analisis dengan mentafsir hasil pengukuran.
    Tujuan :
  • Pengujian :Menentukan pencapaian murid dalam satu mata pelajaran.
  • Pentaksiran :Membuat perbandingan pencapaian dan kedudukan antara murid dalam penguasaan pelajaran.
  • Penilaian :Memberi maklumat mengenai pencapaian murid, objektif pelajaran, kaedah mengajar, dan kurikulum.
    Kegunaan :
  • Pengujian :Menempatkan murid dalam kumpulan yang sesuai.
  • Pentaksiran :Mengelaskan, pensijilan, dan menempatkan murid dalam jurusan yang sesuai untuk penyelidikan.
  • Penilaian :Membaiki rancangan mengajar, kurikulum, pengesanan punca kelemahan, dan membuat ramalan.
    Bentuk :
  • Pengujian :Pemerhatian, ujian, lisan, dan menulis.
  • Pentaksiran :Ujian bertulis dengan markah dan gred.
  • Penilaian :Jadual atau gred berdasarkan teknik perangkaan.
    Masa :
  • Pengujian :Selepas sesuatu atau beberapa pelajaran.
  • Pentaksiran:Selepas beberapa pelajaran.
  • Penilaian :Sebelum, semasa, selepas satu atau beberapa pelajaran.
    Proses pelaksanaan :
  • Pengujian: 1. Persediaan ujian2. Pentadbiran3. Pemeriksaan.
  • Pentaksiran: 1. Proses pengujian2. Merekod markah atau gred
  • Penilaian: 1. Proses pengukuran2. Proses penganalisisan3. Proses interprestasi4. Melapor5. Tindakan