BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 16, 2010

TAJUK 7 : PENILAIAN MELALUI KONTRAK PEMBELAJARAN

PENGENALAN
Dalam usaha menggalakkan pembelajaran kendiri, para pelajar juga patut diberi hak untuk menentukan apa yang hendak dipelajari, bagaimana pembelajaran itu akan dilaksanakan dan dihasilkan dalam jangka waktu yang ditetapkannya sendiri, bahkan juga corak penilaian tugasannya itu. Antara kaedah yang paling berkesan untuk tujuan ini ialah penggunaan kontrak pembelajaran.
KONSEP

Kontrak Pembelajaran atau dikenali sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan persetujuan atau kontrak yang dibuat antara guru dengan pelajarnya (secara individu/kumpulan) berhubung dengan tugasan yang dibuat secara bertulis.

Persetujuan meliputi kriteria-kriteria yang berkaitan dengan tugasan seperti :-

• Bentuk akhir tugasan dihasilkan
• Bagaimana tugasan dihasilkan (individu atau kumpulan?)
• Tempoh menyiapkan tugasan/tarikh tugasan dihantar kepada guru
• Kaedah penilaian dibuat (secara proses atau hasil akhirnya sahaja)
• Tindakan/akibat yang akan diterima oleh pihak yang gagal mematuhi kontrak

Kontrak biasanya ditandatangani oleh kedua-dua pihak yang bersetuju dengan syarat-syarat atau kriteria yang disenaraikan.

FUNGSI KONTRAK PEMBELAJARAN

Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran untuk membolehkan pelajar :-

• mengenal pasti dan merekod objektif dan matlamat pembelajaran kendiri

• kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat jangka masa pelaksanaan dan penghasilannya

• bukti menunjukkan objektif tercapai

• bagaimana dan pada tahap mana hasil pembelajaran akan dinilai

• Memberi peluang pelajar menentukan matlamat pembelajaran masing-masing mengikut minat dan keupayaan sendiri

• Menghasilkan kerja yang terancang

• Membantu pelajar membuat refleksi sepanjang proses kerjanya

BAGAIMANA KONTRAK PEMBELAJARAN DIGUNAKAN ?

Kontrak pembelajaran digunakan dengan pelbagai cara, antaranya:-

1. Penilaian objektif tugasan

• Objektif ditentukan oleh guru sementara pelajar menetapkan pelaksanaannya ATAU

• Beberapa set objektif disarankan oleh guru, pelajar memilih mana-mana yang difikirkan sesuai ATAU

• Pelajar merangka beberapa objektif, dan kemudian pilih mana-mana paling sesuai dengan persetujuan guru

2.Hasil Pembelajaran

• Pelajar bertanggungjawab terhadap strategi pembelajaran, bentuk tugasannya (sama ada dalam bentuk portfolio, laporan kajian, rencana dll)

• Jenis atau bentuk hasil pembelajaran telah ditentukan oleh guru

3. Penilaian

• Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan ATAU

• Gurum menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan tugasan ATAU

• Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria yang ditentukan ATAU

• Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaanny

FORMAT / BENTUK KONTRAK

Kontrak pembelajaran dibuat dalam pelbagai bentuk mengikut keperluan tugasan dan pihak yang terlibat. Kontrak boleh dibuat secara formal, dimana prosedurnya dinyatakan dengan jelas dan rapi. Ia boleh juga dibuat secara tidak formal,tetapi terancang dan jelas.

PERINGATAN:Dalam kontrak pembelajaran, penilaian selalunya berpusatkan pelajar, sementara penggredan perlu dikawal oleh guru. Senarai semak bagi butiran yang hendak dinilai, dan bagaimana penggredan dibuat perlu dilampirkan dan persetujui oleh pihak yang terlibat

Friday, August 13, 2010

MINGGU 6-KAEDAH PENILAIAN BAHASA

Kaedah Penilaian Bahasa
1. Penilaian Melalui Portfolio.
2. Penilaian Melalui Pemerhatian.
3. Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran.
4. Penilaian Melalui Soal Jawab.
5. Penilaian Melalui Projek.
6. Penilaian Melalui Kertas Kerja.

Penilaian Melalui Portfolio.
Apakah portfolio?
Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui.

Ciri-ciri portfolio.

  • Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan penilaian yang teliti.
  • Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir.
  • Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada pelbagai pihak.
  • Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik.
  • Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.
Penilaian Portfolio
  1. Penilaian berbentuk lebih terbuka (broad based) dan seimbang.
  2. Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinila melalui bukti-bukti lain.
  3. Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah dipersetujui bersama.
Jenis-jenis Portfolio yang boleh dibina.


1. Porfolio kerja harian
2. Portfolio hasil terbaik
3. Portfolio dokumen.

Portfolio Kerja Harian

  1. Bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan.
Contohnya;
  1. i. Proses perkembangan idea dijalankan secara harian untuk menghasilkan lukisan yang mempunyai ciri-ciri berikut.

Portfolio Hasil Terbaik

  1. Dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian.
  2. Contohnya; Hasil lukisan yang terbaik daripada bebrapa lukisan yang dibuat dan dikumpulkan di dalam folio kerja terbaik.
Portfolio Dokumen
  1. Hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan.
    Contohnya; Hasil lukisan daripada warna tersebut.

Kegunaan Portfolio

  1. Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk membuat penilaian secara holistik.
  2. Mengekalkan galakkan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan pelajar
  3. Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan.
  4. Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota anekdot, rekod pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajar.
  5. Membolehkan penilaian dalam bidang afaktif tentang usaha dan aplikasi dapatan melalui pemerhatian tingkahlaku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio.

Perancangan Portfolio
Menyenaraikan beberapa perkara penting sebelum membuat portfolio:

  1. Tentukan tujuan pembinaan, ciri-ciri portfolio dan jenis portfolio yang dikehendaki.
  2. Kenalpasti isi kandungan portfolio.
  3. Pemilihan isi kandungan dan bahan isi kandungan portfolio.
  4. Penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian samada secara keseluruhan, kumpulan, individu, termasuklah kriteria yang dipakai untuk menilai portfolio.


Bagaimana Portfolio dinilai?

  1. Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan.
  2. Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan kefahaman.
  3. Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio sehingga tugasan tersebut selesai.

Merekod Penilaian Portfolio

Terdapat dua cara merekod penilaian portfolio iaitu menggunakan skala dan menggunakan kaedah senarai semak.

Penilaian awal

  • penilaian merentasi tugasan bertulis mengikut kriteria dengan skala – senarai ciri-ciri paling penting – penetuaan gred.
  • Kriteria penilaian
  • Struktur dan organisani
  • Strategi pengurusan
  • Variasi isi yang sesuai
  • Struktur ayat dan gaya bahasa
  • Senaraikan ciri. Ini akan menentukan markah portfolio, tentukan wajaran markah bagi setiap ciri.
  • Mengambil kira markah yang diberikan kepada tiap-tiap peringkat dan bukti-bukti lain setiap nota anekdot dan refleksi pelajar.
  • Skala berkadar atau berkala boleh digunakan.

Penilaian Melalui Pemerhatian

  1. Pemerhatian secara berterusan dan mengikut jangka masa waktu yang diperlukan atau ditentukan bagi membantu guru dalam mendapatkan maklumbalas tentang keberkesanan P&P.
  2. Meliputi aspek kognitif , afaktif dan psikomotor.
  3. Boleh guna senarai semak, rekod anekdot, dan rekod profile.
  4. Pemerhatian berlaku antara guru, dan antara pelajar dengan pelajar.
  5. Pemerhatian juga dibuat oleh guru terhadap keberkesanan bahan dan komunikasi pelajar dengan bahan dan pelbagai situasi persekitaran.

Perkara yang perlu diambil semasa dibuat pemerhatian;


1. Kualiti Pemerhatian
2. Bentuk perancangan
3. Merekod penilaian pemerhatian
4. Jenis Pemerhatian
5. Strategi pelaksanaan
6. Fungsi penilaian melalui pemerhatian.




Kualiti Pemerhatian


1. Pengetahuan mendalam dalam bidang tugasnya dan perihatin dengan persekitarannya.
2. Guru perlu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan.
3. dengan keputusan yang dibuat dan keputusan yang diambil.
4. Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil terhadap sesuatu.
5. Tekal dan stabil dalam penilaiannya.


Bentuk Perancangan
1. Menyediakan alat yang releven dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya.
2. Menetukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor.
3. Merangka tindaksusul yang akan dijalankan mengikut konsekuan yang dijalankan daripada pemerhatian.

Merekod penilaian pemerhatian
Rekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkahlaku secara tersusun dari segi:

  1. Pendekatan, kaedah individu atau berkumpulan
    o Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas
  2. Menjalankan Tugasan
    o Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat .
  3. Cara merekodkan dapatan dan rumusan
    o Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.
  4. Tindakan Susulan
    o Rekod pemerhatian hendaklah juga jelaskan tindakkan susulan hasil yang akan dicapai.

Rekod anekdot
Boleh digunakan untuk menialai kecekapan atau kecerdasan individu dalam bidang tertentu seperti berikut:


1. Kecekapan linguistik (bidang bahasa)
2. Melihat kecekapan dalam bidang-bidang tertentu
3. Muzik
4. Kecekapan (body khanisthetic)
5. Kecekapan intrapersonal
6. Kecekapan interpersonal

Kecekapan Linguistik

Keupayaan menggunakan bahasa untuk memperoleh sesuatu , untuk menambat hati, menyakinkan dan merangsang.

Melihat Kecekapan dalam bidang-bidang tertentu.

Keupayaan memanipulasikan objek atau simbol untuk meneroka corak, kategori dan perkaitan dan kebolehan membuat eksperimen secara terkawal dan terancang.

Muzik

Keupayaan mencipta muzik dan mengubah lagu.

Kecekapan (body khanisthetic)
Berkemahiran sukan, seni lakon, seni tari atau seni lukis.

Kecekapan Intrapersonal
Keupayaan memahami perasaan dan emosi diri.

Kecekapan interpersonal
Keupayaan memahami dan bergaul dengan orang lain.

Jenis pemerhatian
Mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan atau dinilai iaitu:

  • Memerhati sesuatu perlakuan tanpa mebuat tafsian (interpretation) dab tanggapan (judgement).
  • Melaporkan apa saja yang dilihat.
  • Tafsiran bukan untuk penilaian semasa.
  • Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara “open ended”. Menilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.
  • Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang. Penilaian dalam bentuk sekuense.

Strategi Pelaksanaan.

  1. Secara berterusan mengikut keperluan yangbtelah dikenalpasti/ dirancang
  2. Menggunakan senarai semak.
  3. Tindakkan susulan terhadap hasil pemerhatian
  4. Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan maklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar.
  5. Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.

Fungsi Pemerhatian

  • Guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan objektif pelajar.
  • Guru membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan p&p sebagai penyampai maklumat, tutor, pemudah cara dan pendidik.



MINGGU 5-JENIS PENILAIAN BAHASA

JENIS PENILAIAN BAHASA

1. Ujian Formatif
2. Sumatif
3. Ujian Kefasihan
4. Kemajuan
5. Ujian Bakat
6. Pencapaian
Ujian Formatif
Ujian jenis ini dilaksanakan bertujuan untuk menentukan kemajuan pelajar-pelajar dari semasa ke semasa sepanjang pembelajaran mereka. Ujian ini dijalankan semasa kursus diadakan dan tujuannya ialah untuk mempercepatkan proses pembelajaran.
Ujian Sumatif
Ujian sumatif bertujuan untuk mengesan secara menyekuruh taraf pencapaian murid di akhir sesuatu pembelajaran. Matlamat utama penilaian jenis ini ialah untuk memberi markah atau gred kepada seseorang murid supaya dapat membandingkannya dengan markah murid lain dalam kumpulannya.


Ujian Bakat
Ujian jenis ini adalah khusus untuk menelah prestasi seseorang pelajar dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajarinya.
Ujian Pencapaian
Ujian pencapaian yang juga disebut sebagai ujian sumatif adalah jenis ujian yang diberi setelah kursus tamat dan tujuannya ialah untuk menilai hasil pengajaran. Ia diberikan untuk menilai kemajuan murid dalam pelajarannya dan juga untuk mengukur pencapaian murid secara menyeluruh.
Ujian Kefasihan
Untuk kefasihan digunakan untuk menentukan tahap mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa. Digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dan pengetahuan dan kebolehan mereka.

Ujian Kemajuan
Ujian Kemajuan digunakan di dalam bilik darjah dan hanya dinilai oleh guru kelas. Untuk kemajuan bertujuan untuk mengukur dan menilai setakat mana pelajar-pelajar telah menguasai bahan/perkara –perkara yang diajar tentang 1 tajuk tertentu.

MINGGU 4-PEMBINAAN UJIAN

PEMBINAAN UJIAN

SOALAN OBJEKTIF
DEFINISI

Soalan objektif merupakan perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan respon. Soalan objektif juga merupakan satu bentuk instrumen pentaksiran yang menggunakan item objektif. Item seumpama ini sesuai digunakan untuk mentaksir pengetahuan, kemahiran intelektual dan kemahiran berfikir. Ujian jenis ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau paling baik. Apabila sesuatu semakan jawapan dibuat semua pemeriksa akan memberi markah jawapan yang sama.

“Soalan objektif dibentuk daripada beberapa item objektif yang boleh diperiksa secara objektif iaitu pemeriksa berlainan memperolehi skor yang sama ketika memeriksa tindak balas yang serupa”
(Gronland,1977).

Antara contoh soalan berbentuk objektif:
  1. Item jenis pendek
  2. Item jenis padanan
  3. Item jenis anekapilihan
  4. Item kloz


Soalan berbentuk objektif terbahagi kepada dua jenis :

  1. Item respon bebas
  2. Item respon tetap (item objektif pilihan)

Item respon bebas

Item jenis respon bebas memerlukan calon meneliti soalan dan menuliskan sendiri jawapan sendiri. Biasanya jawapan yang ditulis pada hujung soalan.

Terdapat juga soalan yang berbentuk melengkapkan penyataan.

Contoh;


1) Apakah lawan bagi perkataan rajin ? ________

2) Kita mesti ______bermain sekarang sebab hujan.

Item respon tetap (item jenis pilihan)

Item respon tetap memerlukan pelajar memikirkan jawapan yang paling betul atau paling tepat. Jawapan dipilih daripada dua atau lebih pilihan.

Jenis soalan respon tetap;
1) Format salah betul
2) Padanan
3) Aneka pilihan

Format salah betul
Soalan jenis ini mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dua pilihan sahaja iaitu betul (B) atau salah (S), setuju (S) atau tidak setuju (TS), dan ya (Y) atau tidak (T).

Contoh;
Tandakan sama ada Betul (B) atau SALAH (S) bagi contoh antonim berikut:
1) Hitam – Putih ( )

Padanan
Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan dengan memadankan objek atau perkara yang berkaitan di sebelah kiri atau di sebelah kanan. Bilangan padanan tidak perlu terlalu banyak bagi mengelakkan kekeliruan semasa menjawab. Ayat yang digunakan juga tidak perlu terlalu panjang.

Aneka Pilihan
Aneka pilihan tergolong dalam item tetap kerana item jenis ini diberikan tindak balas tetap.
Jenis item aneka pilihan;
1. Berbentuk soalan

2. Pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap
3. Jenis jawapan terbaik
4. Analogi
5. Antonim
6. Jenis negatif
7. Mengisi tempat kosong
8. Item jenis campuran
9. Teknik kloz

Terbahagi kepada tiga jenis pilihan:

  1. Stimulus (rangsangan) merupakan bahagian soalan yang mengandungi maklumat khusus dimana soalan itu didasarkan, mungkin dalam bentuk teks, grafik, jadual, atau perbualan.
  2. Stam merupakan bahagian soalan yang mengandungi tugasan dan biasanya berbentuk ayat, ayat tidak lengkap atau soalan.
  3. Jawapan pilihan merupakan bahagian soalan yang mengandungi jawapan pilihan yang berbentuk angka simbol, frasa, gambarajah, jadual dan lain-lain.

Perkara berikut harus dipatuhi semasa membina soalan jenis aneka pilihan:
1. Arahan mesti jelas dan mudah difahami.
2. Ayat yang digunakan tidak berbunga-bunga.
3. Jawapan yang disediakan haruslah logik.
4. Elakkan menggunakan perkataan semua di atas betul atau semua di atas salah.
5. Aras kesukaran haruslah setara.
6. Jawapan disusun mengikut urutan abjad atau nombor.
7. Jawapan juga perlu disusun mengikut dari ayat pendek ke ayat paling panjang.

Kelebihan dan Kelemahan Ujian Objektif

Ujian objektif mempunyai beberapa kelebihan dan di antaranya ialah:
a) Ujian ini mempunyai objektif ujian tugas calon dan asas penilaian lebih jelas dan lebih tepat.
b) bebas daripada penyelewengan pemarkahan. Keadilan dari segi pemarkahan tersebut terjamin.
c) Tidak menggalakkan penipuan.
d) Ujian ini mempunyai nilai potensi diagnostik yang tinggi.
e) Ia boleh diskor dengan tepat.
f) juga boleh diskor dengan menggunakan mesin dan tidak memerlukan orang-orang yang terlatih.
g) Pemeriksaan boleh dipercayai.
h) Ujian ini bebas daripada artikulasi verbal. Ia tidak memerlukan kefasihan bahasa.
i) Ia dapat mengukur proses mental yang tinggi.
j) Ia memberi sumbangan kepada sampel isi yang luas.
k) Ia dapat menyumbang kepada cara pengumpulan item yang baik.

Di samping kelebihan dan kebaikkannya ini, terdapat juga kelemahan-kelemahan pada ujian objektif ini:

  1. Ia tidak dapat mengukur kebolehan pelajar memilih, mengatur dan membuat sentisis idea-idea dan melahirkannya secara sepadu.
  2. Ada kecenderungan menggalakkkan pelajar-pelajar meneka.
  3. Semasa menduduki peperiksaan calon terpaksa menggunakan banyak masa untuk membaca dan berfikir.
  4. Ujian ini memaksa guru-guru mengambil masa yang banyak untuk menyediakannya. Banyak tenaga yang digunakan.
  5. Ia tidak dapat mengukur keaslian.

SOALAN SUBJEKTIF

DEFINISI
Soalan subjektif merupakan satu bentuk penyataan yang berbentuk pertanyaan dalam instrumen pentaksiran untuk menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta tahap kebolehan kognitif calon melalui respon secara tulisan.

Terdapat dua jenis soalan subjektif:
1) Item jenis struktur
2) Item jenis esei

Prinsip pembinaan soalan jenis struktur
Item jenis struktur terbentuk daripada satu atau dua bahagian isi kandungan jawapan yang mengandungi beberapa patah perkataaan dan bahan-bahan yang disertakan pada soalan. Jenis soalan sebegini mengehadkan isi dan bentuk jawapan. Jawapan yang ditulis biasannya berbentuk pendek dan tidak panjang. Jawapan tidak memerlukan huraian lanjutan.

Prinsip pembinaan soalan jenis esei
Aras kesukaran soalan hendaklah setara. Bahasa yang digunakan tidak perlu berbunga-bunga. Soalan hendaklah jelas dan sesuai dengan aras kemahiran pelajar.

Terdapat dua jenis item esei

  1. Item tindak balas terhad
  2. Item tindak balas lanjutan

Item tindak balas terhad
Item tindak balas terhad membataskan isi dan bentuk tindak balas. Item jenis ini juga dihadkan kepada skop/topik tertentu sahaja. Item jenis ini berupaya mengukur aras kognitif isi yang terbatas.

Item tindak balas lanjutan
Item jenis ini berbeza daripada item tindak balas terhad. Item jenis ini tidak membataskan isi dan bentuk tindak balas. Pelajar akan dirangsang untuk berfikir dan mengaitkan serta mengaplikasikan pengetahuan serta pengalaman yang dipelajari di bilik darjah atau pengalaman sedia ada murid dalam jawapan mereka.

Kelebihan dan kelemahan Ujian Subjektif

Seperti ujian objektif, ujian jenis subjektif juga mempunyai kelebihan-kelebihannya yang tersendiri. Antaranya ialah:

  1. Ia boleh dibina dengan mudah. Bilangan soalan yang dibina sedikit
  2. Ujian jenis ini berupaya mengurangkan tekaan jawapan.
  3. Ia berupaya memberi peluang kepada calon untuk menunjukkan kebolehannya.
  4. Mereka boleh memilih aspek-aspek pembelajaran yang paling penting dan wajar, mereka boleh mengelolakan pengetahuannya, mereka boleh mengemukakan pendapat dan sikapnya, dan boleh membuktikan inisiatif daya cipta atau keaslian.
  5. Membolehkan calon-calon menggunakan pengetahuan dan kemahiran mereka menghampiri situasi sebenar.
  6. untuk mengesan punca kelemahan, salah tafsiran, konsep-konsep yang samar-samar.
  7. Berguna untuk menggelakkan pemikiran pembelajaran pada peringkat atau proses mental yang tinggi.
  8. Ia mempunyai potensi untuk mengukur keaslian
  9. Tidak menggunakan masa yang banyak untukmenyediakannya.



    Dari segi kelemahan-kelemahannya pula, ujian ini memperlihatkan:
  • Nilai potensi diagnostik yang rendah
  • Ia cenderung untuk menggalakkan penipuan. Pelajar-pelajar boleh menghafaz karangan dan menuliskannya dalam ujian itu.
  • Tidak boleh diskor dengan mesin. Ia memerlukan orang-orangyang terlatih.
  • Pemeriksaan kurang boleh dipercayai.
  • Tidak dapat menyumbang kepada sample isi yang luas.
  • Ia memerlukan masa yang panjang bagi murid menjawabnya dan bagi pemeriksa memeriksanya. Ia mahal dan membosankan.
  • Tidak bebas daripada artikulasi lisan. Ia memerlukan kefasihan berbahas.